Soalan 1
Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu
boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak
kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Sandy, Eisya, dan Siew Lin ialah murid
tahun lima di Sekolah Kebangsaan Sri Indah. Mereka berkawan sejak dari sekolah
tadika lagi. Mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Walaupun begitu,
mereka dapat bergaul dengan mesra. Ibu bapa Sandy bekerja sebagai guru. Ibu
bapa Eisya pula telah bercerai dan ibunya bekerja sebagai pegawai tadbir. Siew
Lin pula anak yatim piatu. Dia tinggal bersama dengan kakak dan abang iparnya.
Mereka bertiga merupakan kawan karib
dan sering kunjung-mengunjungi antara satu sama lain untuk belajar atau
bermain. Keluarga mereka gembira dengan kehadiran mereka di rumah
masing-masing. Walaupun mereka kawan karib, namun adakalanya mereka tidak
sependapat. Tetapi mereka sentiasa bertolak ansur dan menghormati pendapat satu
sama lain. Apa-apa masalah yang dihadapi oleh mereka dapat diselesaikan secara
berhemah dan berkompromi.
Cadangan jawapan:
Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan
tersebut ialah kita mestilah bertolak ansur antara satu sama lain. Seterusnya,kita
haruslah hormat- menghormati sesama rakan. Selain itu,kita hendaklah
kunjung-mengunjungi untuk merapatkan silaturahim. Di samping itu,kita sepatutnya
selesaikan masalah bersama-sama. Akhir sekali,kita sewajarnya bergaul mesra
bersama kawan-kawan. (51 pp )
Soalan 2
Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu
boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak
kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Peperiksaan akhir tahun akan bermula
dua minggu lagi. Praven masih belum mengulangkaji pelajarannya. Sebaliknya, dia
lebih suka menghabiskan masanya dengan bermain permainan video dan menonton
televisyen hingga larut malam. Ibunya selalu menasihatinya agar mengulangkaji
pelajaran kerana peperiksaan hampir tiba. Tetapi Praven tidak menghiraukan
nasihat ibunya.
Esok peperiksaan akan bermula pada jam
8.00 pagi. Praven berasa gelisah kerana belum mengulangkaji pelajarannya. Dia
berazam untuk menghabiskan ulangkajinya pada malam itu. Praven membuat
keputusan untuk berjaga sampai lewat pagi. Bagaimanapun, Praven tidak dapat
menghabiskan ulangkajinya. Dia tertidur di atas meja tulisnya.
Apabila dia tersedar jam sudahpun menunjukkan
pukul 7.50 pagi. Praven bergegas bangun dan bersiap ke sekolah. Malangnya dia
ditinggalkan bas pada pagi itu. Praven sangat kesal dan sedih kerana tidak
dapat menduduki peperiksaan.
Cadangan jawapan:
-Antara nilai murni yang terdapat di dalam
petikan tersebut ialah kita mestilah prihatin seperti ibu Praven yang menasihatinya
supaya mengulangkaji pelajaran. Seterusnya,kita haruslah berazam untuk berjaya
dalam peperiksaan. Selain itu,kita sepatutnya mendengar nasihat ibu bapa kita. Di
samping itu,kita tidak sewajarnya menghabiskan masa kerana masa itu emas.
Akhir sekali,kita tidak sepatutnya berputus asa dalam
semua bidang.
Soalan 3
Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu
boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak
kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Kim Boon duduk bersebelahan dengan
Adnan di dalam kelas. Semasa ujian matematik, Adnan telah meniru jawapan Kim
Boon tanpa disedarinya. Rakan sekelas mereka Liza telah nampak perbuatan Adnan
itu. Tetapi dia tidak berani memberitahu guru mereka. Cikgu Haris telah
menyedari perbuatan mereka. Dia mengesyaki Kim Boon dan Adnan meniru dalam
ujian tersebut. Cikgu Haris membuat keputusan menggagalkan mereka berdua.
Kim Boon sangat terkejut apabila
menerima keputusan peperiksaannya. Markahnya yang 100% telah dipangkah dan
ditukar kepada 0 kerana dia didapati meniru. Dia terus berjumpa dengan Cikgu
Haris dan menerangkan yang dia tidak tahu Adnan telah menirunya dalam ujian
tersebut. Cikgu Haris telah memanggil Adnan ke bilik guru. Liza juga hadir
untuk menerangkan keadaan sebenar yang berlaku . Selepas membuat soal siasat,
Adnan mengakui yang Kim Boon tidak terlibat dalam perkara tersebut. Cikgu Haris
meminta maaf kepada Kim Boon dan memberi markah yang wajar kepadanya.
Cadangan jawapan:
Soalan 4
Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu
boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak
kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Srikandi handal
bermain senjata,
Bijak pula bermadah seloka;
Aman harmoni
negara tercinta,
Berkat usaha
sejak merdeka
Segak bergaya
pahlawan gagah,
Mengembara sampai
ke Andalusia;
Di mata dunia
terkenal megah,
Barang buatan
negara Malaysia.
Mudik ke hulu
berkayuh sampan,
Nakhoda belayar
ke Pulau Jawa;
Tanah airku
pusaka warisan,
Relaku korban
harta dan nyawa.
Jika tuan pergi
ke kota,
Jangan lupa
membeli cendawan;
Negara kita
tanggungjawab kita,
Jadi teras
pemupuk perpaduan.
Cadangan jawapan:
Soalan 5
Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu
boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak
kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Darlina
ialah murid tahun lima. Darlina mempunyai empat orang adik. Ayah Darlina telah
meninggal dua tahun lalu. Ibunya pula bekerja sebagai operator kilang. Pada
sebelah pagi, ibunya akan bangun awal untuk membuat kuih dan nasi lemak. Setiap
hari, Darlina akan menolong ibunya menghantar kuih dan nasi lemak untuk dijual
di gerai makanan berhampiran. Tuan punya gerai itu bermurah hati membenarkan
kuih dan nasi lemak mereka dijual di situ.
Walaupun
hidup dalam serba kekurangan, tetapi Darlina sekeluarga tidak pernah
meminta-minta daripada orang lain. Darlina menyimpan hasrat untuk menjadi
seorang doktor suatu hari nanti. Dia bukan setakat berangan-angan sahaja. Dia
amat meminati subjek sains dan matematik. Darlina sentiasa menunjukkan
kesungguhan untuk memahami pengajaran guru-gurunya. Dia berazam untuk membaiki
taraf kehidupan keluarganya. Adik-adiknya juga belajar tanpa perlu dipaksa.
Mereka sedar hanya dengan ilmu sahaja
boleh mengubah hidup mereka.
Cadangan jawapan:
0 comments:
Post a Comment