Powered by Blogger.
RSS

Karangan Bahagian C


Soalan 1
Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

          Sandy, Eisya, dan Siew Lin ialah murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Sri Indah. Mereka berkawan sejak dari sekolah tadika lagi. Mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Walaupun begitu, mereka dapat bergaul dengan mesra. Ibu bapa Sandy bekerja sebagai guru. Ibu bapa Eisya pula telah bercerai dan ibunya bekerja sebagai pegawai tadbir. Siew Lin pula anak yatim piatu. Dia tinggal bersama dengan kakak dan abang iparnya.
          Mereka bertiga merupakan kawan karib dan sering kunjung-mengunjungi antara satu sama lain untuk belajar atau bermain. Keluarga mereka gembira dengan kehadiran mereka di rumah masing-masing. Walaupun mereka kawan karib, namun adakalanya mereka tidak sependapat. Tetapi mereka sentiasa bertolak ansur dan menghormati pendapat satu sama lain. Apa-apa masalah yang dihadapi oleh mereka dapat diselesaikan secara berhemah dan berkompromi.
         
Cadangan jawapan:
 Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan tersebut ialah kita mestilah bertolak ansur antara satu sama lain. Seterusnya,kita haruslah hormat- menghormati sesama rakan. Selain itu,kita hendaklah kunjung-mengunjungi untuk merapatkan silaturahim. Di samping itu,kita sepatutnya selesaikan masalah bersama-sama. Akhir sekali,kita sewajarnya bergaul mesra bersama kawan-kawan. (51 pp )





Soalan 2
Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

          Peperiksaan akhir tahun akan bermula dua minggu lagi. Praven masih belum mengulangkaji pelajarannya. Sebaliknya, dia lebih suka menghabiskan masanya dengan bermain permainan video dan menonton televisyen hingga larut malam. Ibunya selalu menasihatinya agar mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan hampir tiba. Tetapi Praven tidak menghiraukan nasihat ibunya.
          Esok peperiksaan akan bermula pada jam 8.00 pagi. Praven berasa gelisah kerana belum mengulangkaji pelajarannya. Dia berazam untuk menghabiskan ulangkajinya pada malam itu. Praven membuat keputusan untuk berjaga sampai lewat pagi. Bagaimanapun, Praven tidak dapat menghabiskan ulangkajinya. Dia tertidur di atas meja tulisnya.
          Apabila dia tersedar jam sudahpun menunjukkan pukul 7.50 pagi. Praven bergegas bangun dan bersiap ke sekolah. Malangnya dia ditinggalkan bas pada pagi itu. Praven sangat kesal dan sedih kerana tidak dapat menduduki peperiksaan.

Cadangan jawapan:

-Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan tersebut ialah kita mestilah prihatin seperti ibu Praven yang menasihatinya supaya mengulangkaji pelajaran. Seterusnya,kita haruslah berazam untuk berjaya dalam peperiksaan. Selain itu,kita sepatutnya mendengar nasihat ibu bapa kita. Di samping itu,kita tidak sewajarnya menghabiskan masa kerana masa itu emas.
Akhir sekali,kita tidak sepatutnya berputus asa dalam semua bidang.

Soalan 3
Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

          Kim Boon duduk bersebelahan dengan Adnan di dalam kelas. Semasa ujian matematik, Adnan telah meniru jawapan Kim Boon tanpa disedarinya. Rakan sekelas mereka Liza telah nampak perbuatan Adnan itu. Tetapi dia tidak berani memberitahu guru mereka. Cikgu Haris telah menyedari perbuatan mereka. Dia mengesyaki Kim Boon dan Adnan meniru dalam ujian tersebut. Cikgu Haris membuat keputusan menggagalkan mereka berdua.
          Kim Boon sangat terkejut apabila menerima keputusan peperiksaannya. Markahnya yang 100% telah dipangkah dan ditukar kepada 0 kerana dia didapati meniru. Dia terus berjumpa dengan Cikgu Haris dan menerangkan yang dia tidak tahu Adnan telah menirunya dalam ujian tersebut. Cikgu Haris telah memanggil Adnan ke bilik guru. Liza juga hadir untuk menerangkan keadaan sebenar yang berlaku . Selepas membuat soal siasat, Adnan mengakui yang Kim Boon tidak terlibat dalam perkara tersebut. Cikgu Haris meminta maaf kepada Kim Boon dan memberi markah yang wajar kepadanya.
      
Cadangan jawapan:





Soalan 4
Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Srikandi handal bermain senjata,
Bijak  pula bermadah seloka;
Aman harmoni negara tercinta,
Berkat usaha sejak merdeka

Segak bergaya pahlawan gagah,
Mengembara sampai ke Andalusia;
Di mata dunia terkenal megah,
Barang buatan negara Malaysia.

Mudik ke hulu berkayuh sampan,
Nakhoda belayar ke Pulau Jawa;
Tanah airku pusaka warisan,
Relaku korban harta dan nyawa.

Jika tuan pergi ke kota,
Jangan lupa membeli cendawan;
Negara kita tanggungjawab kita,
Jadi teras pemupuk perpaduan.

Cadangan jawapan:



Soalan 5
Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Darlina ialah murid tahun lima. Darlina mempunyai empat orang adik. Ayah Darlina telah meninggal dua tahun lalu. Ibunya pula bekerja sebagai operator kilang. Pada sebelah pagi, ibunya akan bangun awal untuk membuat kuih dan nasi lemak. Setiap hari, Darlina akan menolong ibunya menghantar kuih dan nasi lemak untuk dijual di gerai makanan berhampiran. Tuan punya gerai itu bermurah hati membenarkan kuih dan nasi lemak mereka dijual di situ.
Walaupun hidup dalam serba kekurangan, tetapi Darlina sekeluarga tidak pernah meminta-minta daripada orang lain. Darlina menyimpan hasrat untuk menjadi seorang doktor suatu hari nanti. Dia bukan setakat berangan-angan sahaja. Dia amat meminati subjek sains dan matematik. Darlina sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk memahami pengajaran guru-gurunya. Dia berazam untuk membaiki taraf kehidupan keluarganya. Adik-adiknya juga belajar tanpa perlu dipaksa. Mereka sedar hanya dengan ilmu sahaja  boleh mengubah hidup mereka.

Cadangan jawapan:


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS