Powered by Blogger.
RSS

LAPORAN PERKHEMAHAN SK PETALING(1).



.. Laporan perkhemahan SK PETALING(1)  di Sungai Congkak.

6 NOVEMBER , 2012.

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform kali kedua ini telah berlangsung dengan jayanya pada 2 hingga 3 november 2012 bertempat di kem wira jaya sungai congkak.Seramai 27 orang peserta telah menyertai perkhemahan tersebut. Biarpun perkhemahan kali ini diiringi dengan hujan lebat sepanjang hari, namun aktiviti tetap dijalankan sebagaimana yang dirancang. Antaranya ialah tali-temali, gajet, ikhtiar hidup, orienteering dan persembahan malam kebudayaan.


Melalui aktiviti perkhemahan yang dijalankan, pelajar dapat melatih diri untuk jangkamasa panjang. Pelajar juga mendapat pengetahuan dalam pelbagai bidang mengenai psikomotor, kognitif dan afektif terhadap alam sekitar dalam pendidikan.


Unit Kokurikulum SK PETALING(1) ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan perkhemahan kali ini. Terima kasih juga kepada pihak Koperasi yang telah menyumbangkan satu unit dapur gas.


DILAPORKAN OLEH:

NORSYALEZA ZAMRI.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment