Powered by Blogger.
RSS

APA YANG TELAH DIPELAJARI

                        APA YANG TELAH SAYA PELAJARI HARI INI IALAH :

1.MENAIP LAPORAN TENTANG LAPORAN PERKHEMAHAN DI SUNGAI CONGKAK.
2.MENAIP SEJARAH SK PETALING (1) .
3.MENAIP LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER DI SEKOLAH.
4.MENAIP PERATURAN  DI MAKMAL KOMPUTER .
5.MENAIP MAKSUD ENJIN CARIAN.
6.MENAIP APAKAH ENJIN CARIAN .
7.MENAIP BIODATA DIRI SENDIRI.
8.MENAIP UCAPAN UNTUK MENGHADAPI UPSR.
9.MENAIP CERITA SAHABAT KU.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LAPORAN PERKHEMAHAN SK PETALING(1).



.. Laporan perkhemahan SK PETALING(1)  di Sungai Congkak.

6 NOVEMBER , 2012.

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform kali kedua ini telah berlangsung dengan jayanya pada 2 hingga 3 november 2012 bertempat di kem wira jaya sungai congkak.Seramai 27 orang peserta telah menyertai perkhemahan tersebut. Biarpun perkhemahan kali ini diiringi dengan hujan lebat sepanjang hari, namun aktiviti tetap dijalankan sebagaimana yang dirancang. Antaranya ialah tali-temali, gajet, ikhtiar hidup, orienteering dan persembahan malam kebudayaan.


Melalui aktiviti perkhemahan yang dijalankan, pelajar dapat melatih diri untuk jangkamasa panjang. Pelajar juga mendapat pengetahuan dalam pelbagai bidang mengenai psikomotor, kognitif dan afektif terhadap alam sekitar dalam pendidikan.


Unit Kokurikulum SK PETALING(1) ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan perkhemahan kali ini. Terima kasih juga kepada pihak Koperasi yang telah menyumbangkan satu unit dapur gas.


DILAPORKAN OLEH:

NORSYALEZA ZAMRI.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING(1)



Sejarah Sekolah Kebangsaan Petaling 1 ini berhubung rapat dengan sejarah Kampung Petaling yang berada di antara Kuala Lumpur dan Kelang.Tempat perhentian sepanjang Sungai Kelang iaitu Batu Tiga lebih dikenali sebagai Damansara pada masa kini adalah antara kawasan terawal yang telah dibuka  sebagai kampung sebelum Kampung Petaling. Apabila penduduk kampung di kawasan Batu Tiga bertambah ramai, kerajaan Selangor telah membina sebuah sekolah Melayu di sana pada tahun 1908.Pada masa itu kanak dari Kampung Petaling terpaksa ke Batu Tiga dengan meniki kereta api untuk bersekolah.
Namun,apabila penduduk Kampung Petaling bertambah ramai, mereka telah meminta Pejabat Pelajaran  Selangor supaya membina sekolah Melayu di Petaling.Tidak lama selepas itu, kerajaan Selangor telah membina sebuah sekolah di Petaling ini dengan menyewa sebuah rumah daripada Tuan Haji Baharudin yang berdekatan dnegan Perhentian Kereta Api  Petaling.
           
            Sekolah tersebut telah dirasmikan pembukaanya pada 7 April 1914 dan seorang Guru Besar iaitu Allahyarham Cikgu Kasim bin Lebai  telah ditugaskan mengajar . Hanya 9 orang murid lelaki sahaja yang mendaftar semasa pembukaanya.Kebanyakkan  murid–murid tersebut pernah ber sekolah di Batu Tiga sebelum perpindah ke sekolah ini.
             
           Selepas dua bulan beroperasinya sekolah ini, murid-murid telah bertambah kepada 56 orang.Pada akhir tahun 1914 jumlah murid telah meningkat kepada 58 orang.Antara 58 oreang murid pada tahun pertama itu,didapati 15 orng murid dapat menamatkan persekolahan Darjah 5,iaitu darjah tertinggi dalam Sekolah Melayu sebelum Perang dunia yang ke-2.
            Oleh kerana bangunan sekolah itu bangunan yang tetap yang bertempat  di Lot No.811 pada tahun 1916.Tapak bangunan ini letaknya di simpang tiga jalan iaitu Kuala Lumpur, Kelang dan Jalan Stesen Petaling bersetentang denagan Pejabat Pos  Petaling.
            Bilangan murid telah bertambah dari semasa ke semasa.Pada tahun 1926,bangunan yang sedia telah di tambah 50 kaki lagi menjadikan bentuk bangunannya seperti huruf “L”
            Selepas Perang Dunia yang ke-2,jumlah murid–muridnya telah berlipat kali ganda ramainya.Bangunan-bangunan yang sempit terpaksa di tambah lagi untuk menampung jumlah murid yang semakin ramai.
            Oleh hal yang demikian, penduduk Petaling telah mendirikan beberapa buah sekolah sementara untuk menampung jumlah murid. Pada tahun 1948,sebuah bangunan 22x90kaki telah dibina.Pada tahun 1954,sebuah lagi bangunan18x28 kaki dibina.Pada tahun 1955 di tambah lagi sebuah bangunan dengan seluas 36x30 kaki.Pada tahun 1956,ketika itu sekolah Melayu telah mengadakan kelas percuma yang disebut “National Stream “ dan kerajaan telah menambah sebuah lagi bangunan untuk menampung kelas tersebut. Walaupun demikian,keadaan sekolah Melayu di Petaling ini masih  lagi sempit lagi sempit.
             Pada tahun 1960, didapati jumlah murid-muridnya telah meningkat kepada hampir 900 orang dengan bantuan guru seramai 36 orang.Oleh kerana bangunan sekolah ini sempit,maka sekolah telah mengadakan dua sesi  untuk pembelajaran,iaitu sesi pagi dan juga sesi petang.Awal tahun 1964 barulah dikemukakan membina bangunan baharu ini.SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING (1).

SEJARAH SEKOLAH SK PETALING(1).

PERUBAHAN LENCANA SEKOLAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER DI SEKOLAH.

 9 LANGKAH KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER DI SEKOLAH.

1.MEMASTIKAN SUIZ LAMPU ,KIPAS DAN SEBAGAINYA  DITUTUP SEBELUM KELUAR.
2.MEMASTIKAN SUIZ KOMPUTER DITUTUP SELEPAS DIGUNAKAN.
3.MENYUSUN ALAT-ALAT  KOMPUTER DENGAN RAPI.
4.JIKA BERLAKU  MASALAH , SILA MEMBERITAHU GURU.
5.JAGA KEBERSIHAN MAKMAL DAN TERMINAL YANG TELAH DITETAPKAN.
6.HAD MASA PENGGUNA KOMPUTER HENDAKLAH MENDAPAT KEIZINAN DARIPADA GURU.
7.PELAJAR ATAU PENGGUNA TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA MASUKSEBARANG DISKET  PERSEDIRIAN  KECUALI DIPASTIKAN OLEH GURU IANYA BEBAS DARI SERANGAN VIRUS.
8.SETIAP PELAJAR ATAU  PENGGUNA DIKEHENDAKI MENCATAT KEHADIRAN MEREKA DI DALAM BUKU CATATAN  PENGGUNA.
9.PELAJAR HANYA DIBENARKAN MASUK KE DALAM  MAKMAL DENGAN MENDAPAT KEIZINAN GURU.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

peraturan makmal sekolah

1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa tiada penyelaras.

2.  Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan.
3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.
4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.
5. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk.
6. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi.
7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.
8. Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan.
9. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara. ( JANGAN MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)
10. Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera perisian atau dokumen.
11. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan  wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.
12. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas.
13. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas.
14.Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.
15. Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.
16. Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.
17. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.
18. Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

maklumat mudah faham

Mungkin ramai yang sudah tahu apa itu enjin carian atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai search engine. Secara umumnya, enjin carian ialah sebuah pengkalan data yang menyimpan segala pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Sebagai contahnya apabila anda menaip IrfanzBlog pada enjin carian, ia akan mencari kata kunci atau pautan yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pengkalan data. Sebagai hasilnya, apabila kata kunci yang dimasukkan dijumpai, maka segala laman web yang berkaitan akan dipaparkan kepada anda. 


Untuk pengetahuan semua, bukan semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja dan sesetengah yang lain akan mengindeks kandungan sesuatu laman web sahaja. Pengkalan data bagi enjin carian disusun oleh 'spiders'. Spiders ialah robot yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.


Apabila spider ini masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil 'crawling'. Dalam proses ini, 'spider' akan mengumpul semua perkataan yang terdapat di dalam laman web tersebut dan diindekskan ke dalam pengkalan data yang dikenali sebagai proses indexing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

enjin carian

Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci 'Malaysia' pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci 'Malaysia' dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan 'Malaysia' akan dipaparkan kepada anda. 

Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

maklumat mudah mengenainya

Salam… Sebelum ni ada beberapa blogger bertanyakan cik tom apa itu enjin carian dan apa kegunaannya? Tak kurang juga yang bertanyakan bagaimana nak blog diorang tersenarai dalam enjin carian. Contohnya bila taip je nama “cik tom” di search google akan terus keluar blog cik tom di laman pertama Search Engine Result Page (SERP). Kalau blog itu kurang mesra atau tak senarai di enjin carian berkemungkinan apabila search tiada dalam senarai carian atau mungkin di page ke 2,3 dan seterusnya. Kebiasaannya blog yang mesra enjin carian akan terdapat di laman pertama SERP.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

apakah itu enjin carian?

Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci 'Malaysia' pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci 'Malaysia' dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan 'Malaysia' akan dipaparkan kepada anda.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

maklumat senang ingat

Kata kunci digunakan ketika kita mencari sesuatu melalui enjin carian samada menggunakan tapak Google atau Yahoo.

Dengan bantuan enjin carian ini sebarang maklumat yang ingin kita ketahui dapat diperolehi dengan lebih mudah tanpa mengira maklumat tersebut sesuatu yang baik mahupun yang tidak baik bergantung pada niat dan tujuan kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biodata saya

Nama : Nor Syaleza bt Mohd Zamri.
Kelas : Delima.
Umur : 11 Tahun.
Hobi : Membaca Buku Cerita,Melukis,Mewarna dan Mengayuh Basikal,Bermain komputer.
Cita-Cita : Angkasawan.
Nama Ayah : Mohd Zamri bin abd Hamed.
Nama Ibu : Sarimah bt Mohd Kasa.
Adik-Beradik : 3 Orang
Tarikh Lahir : 4.6.2001
Tempat Lahir : Hospital Besar Kuala Lumpur.
Tempat tinngal : PPR Pantai Ria.
Makanan kegemaran : Nasi ayam.
Minuman kegemaran : Teh ais.
Kawan baik : fatihah,fatehah,maisurah,hidayah dan sebagainya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS